Mata tak dapat pejam. Dalam dok terkebil-kebil teringat blog yg baru aku create siang tadi. Melompat gembira seketika. Sangat lama rasanya menyimpan impian utk ada blog sendiri. Banyak perkara yg hendak kusimpan rapi disini.
Al kisahnya, lebih kurang setahun lebih yg lepas, aku ada join kursus pembinaan blog. Waktu tu mmg aku so excited nak membina blog. Malangnya, waktu tu aku mabuk teruk ngandungkan Siti Aishah. Jadi, berkubur juga impian disitu. Bila Siti Aishah lahir, aku dah mula sibuk dgn tugasan baru sbg ummi dan isteri. Kelam kabut juga mula2 tu. Niat utk fully BF Aishah juga salah satu sebab buat aku kelam kabut dgn keadaan dirumah dan ofis. Tapi bila dah beberapa bulan tu dah boleh biasakan diri. Alhamdulillah, Aishah dah pun setahun lapan bulan pun. Dan masih sepenuhnya susu ummi.
Dah meleret-leret dah cerita. Dipendekkan cerita, Aishah dah makin besar, dan aku dah ada geng dapur. Itu yg best. Dan kerana itu juga, aku menunaikan hasrat utk blog ini.
Banyak kisah yg aku nak kongsikan. Terlalu banyak. Cuma antara rajin dan malas update je.
Moga sama2 dapat manfaatnya.
Aamiin :-)
No comments:
Post a Comment