Wednesday, 18 December 2013

Telur Ikan tembakul!



Bila ingat telur ikan. Mesti teringat kisah zaman kanak-kanak ribena berry dolu2....hehehe. bila time mak atau aku menyiang ikan,  adik2 ku mesti dok ngadap nengok ikan sebab nak 'mengechoppe' telur ikan tu kalau ada.(bahasa apa la yg aku guna ni)... Siap bila goreng tggu dok ngadap dapur. Mmg best...sedap...lagi sedap dan lazat kerana berebut-rebut tu. Tapi telur ikan yg biasa kami goreng dulu cuma kecil je lebih kurang besar jari kelingking je..tu pun dah cukup besar.

Masa pertama menjejak kaki ke alor star selepas dapat posting ke sana (nak kata first time menjejak kaki ke utara, tidak juga sbb arwah abah sendiri org kedah) , singgah makan di restoran buat pertama kalinya aku nampak telur ikan yg besar dan dimasak kari. Mmg itulah menu aku..haaa mmg sodapppp tak hengat ler. Berulang kali la jugak repeat menu yg sama smpi tekak aku dah imun dgn telur ikan.

Al-kisah semalam, masa pergi ke pasar bersama incik asben ku yg bercuti. Dia beli telur ikan.  Tapi telurnya agak lain dari yg pernah aku lihat dan makan. Dalam telur tu bukan yg berpasir tu...tp mcm biji biji guli....teruja aku dibuatnya. Jadi semalam kumasak kari telur ikan mayong dan isinya sekali. Aku rasa nak share juga resepi kari ikan dan telur nya.  Walaupun aku ni jenis masak yg sgt simple. Kalau kari yg penting pd aku asal jgn ada bau kari yg tak masak...mmg potong selera betoi kalau termakan kari yg cenggitu erkk.

Resepi Kari Ikan simple

2 @ 3 potong ikan dan telur ikan dibersihkan
Sebijik bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih aku ketuk dan cincang
2 sudu cili kering yg telah di blend
Sedikit daun kari
3 sudu besar serbuk kari ikan
Air asam jawa
Santan

Cara2:
1) panaskan sedikit minyak
2) tumiskan bawang merah/ besar serta bwg putih dan masukkan cili kering bila bawang agak kekuningan sedikit.
3) bancuh serbuk kari dgn air atau sedikit air asam jawa.
4) masukkan serbuk kari serta daun kari dan biarkan serbuk kari masak secukupnya. Boleh tutup dulu periuk tu..
5) masukkan air asam jawa secukupnya. Kena agak2. Jgn smp masam sgt pulak nanti.
6) dah mendidih sedikit masukkan santan dan kemudian ikan. Jaga jangan smp meruap. Kena selalu timba mak aku ckp.
7) tunggu smp pecah minyak. Boleh letak garam dan perasa. Tp aku letak garam dan gula secukupnya mengganti perasa.


Itu sahaja le dari aku yg amatur...sengaja ku coretkan disini. Biar bermenafaat org tua-tua le kata.












Inilah ghupe kari ikan tembakul aku. Hehehe tembakul la sangat kan!
Snap pun hanya dengan camera phone ku yg chumil.


No comments:

Post a Comment